Sambar.id, Sandakan — Dua lelaki ditahan dalam Operasi Tapis Narkotik yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan pada 22 Januari 2026.
Penahanan dilakukan di beberapa lokasi sekitar Kg Baru Batu 8, Taman Mesra Batu 4 serta Jalan Utara Batu 3½. Kedua-dua suspek disyaki memiliki dadah jenis syabu.
Hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-duanya positif Methamphetamine dan Amphetamine. Susulan itu, mereka ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi membantu siasatan lanjut.
Operasi berkenaan merupakan sebagian daripada usaha berterusan IPD Sandakan dalam membanteras jenayah dadah serta mengekang penyalahgunaan bahan terlarang di daerah ini.








