Sambar.id, Tawau – Seorang lelaki warga asing berusia sekitar 46 tahun ditahan polisi ketika ronda cegah jenayah di kaki lima sebuah kedai di Jalan Chen Fook, Sabindo, pada 22 Januari 2026.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pemeriksaan ke atas suspek menemukan satu paket plastik lutsinar berisi hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat kira-kira 0.20 gram.
Menurutnya, bahan terlarang itu disimpan di dalam kotak rokok milik suspek.
“Suspek bersama barang rampasan telah dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.
Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952. (Syamsuddin Bin Ahad)








